
Penubuhan PMC sebuah konsortium bagi menguruskan aktiviti pengeluaran sumber mineral di Negeri Pahang.
PMC bertindak sebagai One Stop Centre (OSC) bagi merancang, mengurus, dan memantau aktiviti perlombongan di Negeri Pahang.
Menjadi Pemegang Tenemen Mineral Tunggal bagi semua aktiviti mencarigali, penjelajahan dan perlombongan.

PMC membuat kutipan hasil termasuk royalti mengikut Peraturan Mineral 2004 kepada Pejabat Pengarah Tanah & Galian Pahang berdasarkan ketetapan Pegawai Kewangan Negeri.

Kelulusan permohonan memperbaharui Borang 4B & 4C kepada PMC sebagai pemegang tenemen mineral tunggal bagi tempoh 5 tahun.

